Nov 3, 2010

dugaan...

Hidup di muka bumi ini tak semestinya akan senang….kadang-kadang, dugaan yang pelbagai akan menimpa kita…sama ada kita nak atau tak nak…dugaan itu pasti akan datang…dugaan tak kira masa, rupa paras seseorng itu, tampat dan juga pangkat… Nabi Muhammad sendiri telah menerima banyak dugaan daripada baginda masih kecil hingga ke hari wafat baginda. Baginda tak pernah pun rasa mengalah dengan dugaan yang telah diberi oleh Allah….malah dugaan tersebut menguatkan lagi baginda untuk terus menyebarkan agama Islam.  Dugaan juga mengajar kita untuk menjadi lebih matang kerana bak kata orang Melayu dugaan ini merupakan “asam garam” dalam sebua episode kehidupan…kita tak semestinya akan selalu berada diatas dan kita juga takkan selalu berada di bawah…bila kita berada di atas, jangan sesekali kita bongkak dan alpa dan jika kita berada di bawah, janganlah kita fikir yang kita tak boleh berubah ke atas….dugaan itu adalah satu titik perubahan…

Orang yang sentiasa di beri dugaan adalah orang yang paling bertuah di dalam dunia kerana jika mereka manghadapinya dengan positif…dugaan tersebut akan menjadikan mereka lebih berpengalaman dan akan menguatkan dirinya untuk meneruskan hidup.

Apabila kita dilanda musibah, dugaan, atau masalah besar atau kecil, mohonlah bantuan pada Allah dan janganlah menyalahkan mana-mana pihak sekalipun... :)

3 comments:

  1. Dugaan dalam kehidupan juga punyai banyak tema.
    Macam tema yang kita belajar untuk filem-filem tu...

    ReplyDelete
  2. nak tempuhi kejayaan dalam matlamat, kuncinya ialah dugaan dan kegagalan. selagi tak tempuh ni, kita tak dapat kemanisan mengecap kejayaan / kemenangan itu.

    ReplyDelete