Nov 23, 2010

ape nak jadi

ape la nak jadi dengan manusia zaman sekarang ni. yang tak boleh dibuat die orang nak buat and yang boleh dibuat yang itulah tak nak dibuat. aku baru terbace satu blog ni and die tulis pasal pertukaran jantina dari lelaki ke perempuan. aku rase manusia zaman sekarang ni dah terlalu pandai sebab tu lah die orang boleh buat ape yang tak boleh buat. mule-mule aku tak percaye ape yang aku bace tentang bende ni. tapi, bile aku tengok gambar yang di postkan, baru aku percaye dan aku terkejut macam nak pengsan. rupe-rupenye aku baru tahu macam mane die orang tukarkan jantina seseorang itu dari lelaki ke perempuan. kadang-kadang aku tertanye pada diri aku sendiri, kenapa sesetengah manusia sanggup menukar ciptaan Allah dan tak pernah bersyukur apa yang diberi oleh Nya. agaknye kalau lah bumi ini ade perasaan, mesti die berasa sedih kenapa umat manusia sebegini boleh hidup diatasnya. mungkin kah ini semua di sebabkan oleh teknologi yang tinggi?? cubelah korg fikir sendiri. bagi aku, ni semua bukan disebabkan oleh teknologi tapi disebabkan oleh pemikiran manusia yang melampauibatas dan cuba memainkan peranan tuhan. tak pernah ke mereka merasa bersyukur apa yang diberi. aku rase TAK...sebab manusia tak pernah puas apa yang telah diberi. hmmm, any way klu nak tgk gambar tu try  click sini......selamat melihat.....

[tolonglapahm]

Nov 18, 2010

raye korban....

kebosanan aku terubat bile tibenye raye korban sebab time tu lah ramai sedare aku yang balek. tanggal 17/11/2010 merupakn tarikh tak dapat aku lupekan sebab macam-macam peristiwa yang jadi kat aku pade ari tu. sehari sebelum raye korban, aku and family sebok kat dapor sabab nak memasak untuk raye. aku dengan tanpa segan silunya memasak rendang ayam dan maskan aku berjaya menambat hati family aku and aku rase bangga sebab tu lah masakan yang aku masak dengan sendirinye tanpe meminte tolong daripada mak aku....(poyo gile).. pagi-pagi mak aku dah kejutkan and die kate 'mi nak mandi tu bace niat supaya dapat keberkatan raye ni'. dah lepas mandi, aku terus je pegi surau untuk sembahyang sunat aidil adha. lepas sembahyang, aku terus balek rumah and tunggu masa untuk lembu di korbankan. aku ditugaskan menjadi cameraman and aku tangkap semua yang aku dapat tangkap. tapi, dalam aku tengah seronok dok tangkap gambar, tetibe pelepah pokok kelapa hempap kepala aku dari atas. macam nak pecah kepale aku dibuatnye. lepastu aku rase pening macam nak pengsan and aku terus je masuk rumah dan terus tdo. time tu aku rase semua kat sekeliling aku berpusing. tapi bile aku bangun je dari tido, Alhamdulillah, nasib baek tak jadi ape-ape kat aku and aku bersyukur kat tuhan sebab aku hidup lagi...hehehe. memang takkan aku lupekan raye korban tahun ni sebab beza sangat dengan tahun-tahun sebelum ni sebab tu la first time aku dihimpap pelepah kelapa...hahaha

[tolonglapaham]

Nov 14, 2010

hujan oh hujan....

hujan kat kampung aku ni tak berhenti-henti......daripada aku balek...sampai sekarang ni masih hujan lebat lagi. tapi harini hujan dari pagi sampai ke malam tak berhenti. aku pon satu harini duduk je dalam rumah tk keluar-keluar. macam beruang berharbenasi pon ade gak aku arini. asyik tdo je... skang ni dah susah nak tdo sebab petang tadi banyak sangat aku tido. Bile fikir-fikirkan balek, ade hikmah kenape Allah turunkan hujan. aku ade terbaca firman Allah:

Allah berfirman “Ingatlah ketika ia membuat kamu mengantuk untuk memberi ketentreraman dari pihak Nya kepada kamu. Dan menurunkan hujan kepadamu dari langit guna membersihkan dirimu dengan itu, dan menghilangkan noda setan, memperteguh hatimu dan menapakkan kakimu kuat-kuat.
 (QS Al Anfal [8]:11).


Firman di atas sangat inspiratif akan pentingnya hidup tenteram. Seperti datangnya mengantuk yang membuat manusia cepat tertidur. Begitupun ketika setelah sekian lama kita merasakan musim kemarau, lalu Allah SWT menurunkan hujan. Sungguh itu nikmat yang menyejukkan dan menenteramkan penghuni bumi.

Turunnya hujan ini dapat membersihkan manusia dari berbagai kotoran yang. Sebab, air itu adalah zat pelarut yang sangat baik. Diketahui, satu molekul air terdiri atas satu atom oksigen yang besar (bermuatan positif) ditempeli dua atom hydrogen yang kecil (bermuatan negative). Karenanya, bagian oksigen molekul air tersebut masih dapat menarik atom hydrogen dari molekul air lainnya, termasuk zat-zat kimia lain.-hikmah08-

aku rase simpati gak dengan orng2 yang ade kat Kedah sebab ade kawasan di negeri mereka dilanda banjir yang teruk. aku harap mereka bersabar dengan dugaan yg Allah beri....dan ade hikmah kenapa Allah turunkan hujan......

[tolonglapaham]

Nov 8, 2010

selamat tinggal...

harini merupakan perjumpaan terakhir kelab Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) UiTM Puncak Perdana. Perjumpaan tu kami sambut dengan meriah walaupon pada mulenye kami terpaksa makan dalam gelap dan akhirnya di terangi dengan beberape lampu suloh....credit to Zaharin sebab bersusah payah naek rumah semata-mata untuk amek lampu suloh....hahaha....dengar macam kelakar tapi itulah perjumpaan kami yg terakhir dengan adik beradik segayong.....sebab sem depan ada yang dah pindah kat induk....walaupon aku tak berapa rapt ngan die orang....tapi semangat gayong jadikan aku rapat walau pon tak rapat (macam pelik je ayat...)....anyway odah,oji,iqbal,fakar,zikri and amar thanks sebab korang aku jadi lebih minat untuk bersilat...kalau dah pindah kat induk tu...jangan la kkorg berhenti bersilat plak....teruskan apa yang diajar oleh cikgu Khirul.....aku seronok dapat kenal korng....hope kite dapat bersilat dalam satu gelanggang balek satu hari nanti....and terima kaseh gak kt cikgu Khairul sebab memeriahkan lagi jamuan tadi....walaupon jamuan tak seberapa....tapi kami berasa seronok and puas hati sebab time tu semua macam bersatu and dah jadi macam satu keluarga....rase sedih pon ade gak sebab ade beberapa orng tak dpt datang...abg shafik,abg hafizie and yo....walaupon korng tak de tadi...semangat korng still ade dgn kami....

p/s: odah,oji,iqbal,fakar,zikri and amar jgn lpekan kite orng kat sini kalau dah pindah nanti....

Biduk berlalu kiambang bertaut
Kata bersahut Gayung menyambut

[tolonglapaham]

Nov 5, 2010

aku dan mereka

malam yang tak dapat aku dan mereka lupakan.....semua orang tak kira yg baru atau yang lama datang....

macam2 kami bakar

my bro...abg najib dgn senyuman membunuhnya


lama dan baru..

anak2 tn haji

my 3 sista...


mlm tu kte org semua have fun....tp yg tak bestnye teman gosip aku yang sorang lg tu takde...kalau su ade smpi pagi la aku lina ngan su bergosip....ramai gak yang takde...mumum,babam,abg ha,marul and so on...walaupon die orang takde mlm tu...semua berjalan lancar....aku harap, mase program last tu, sume ade..baru la best...lastly, aku harap dapat hang out macam ni lagi walaupon aku dan mereka tak sebumbung lagi...

Nov 3, 2010

dugaan...

Hidup di muka bumi ini tak semestinya akan senang….kadang-kadang, dugaan yang pelbagai akan menimpa kita…sama ada kita nak atau tak nak…dugaan itu pasti akan datang…dugaan tak kira masa, rupa paras seseorng itu, tampat dan juga pangkat… Nabi Muhammad sendiri telah menerima banyak dugaan daripada baginda masih kecil hingga ke hari wafat baginda. Baginda tak pernah pun rasa mengalah dengan dugaan yang telah diberi oleh Allah….malah dugaan tersebut menguatkan lagi baginda untuk terus menyebarkan agama Islam.  Dugaan juga mengajar kita untuk menjadi lebih matang kerana bak kata orang Melayu dugaan ini merupakan “asam garam” dalam sebua episode kehidupan…kita tak semestinya akan selalu berada diatas dan kita juga takkan selalu berada di bawah…bila kita berada di atas, jangan sesekali kita bongkak dan alpa dan jika kita berada di bawah, janganlah kita fikir yang kita tak boleh berubah ke atas….dugaan itu adalah satu titik perubahan…

Orang yang sentiasa di beri dugaan adalah orang yang paling bertuah di dalam dunia kerana jika mereka manghadapinya dengan positif…dugaan tersebut akan menjadikan mereka lebih berpengalaman dan akan menguatkan dirinya untuk meneruskan hidup.

Apabila kita dilanda musibah, dugaan, atau masalah besar atau kecil, mohonlah bantuan pada Allah dan janganlah menyalahkan mana-mana pihak sekalipun... :)

Nov 1, 2010

first day.....


ni first day aku kat blog....sblm ni aku ade satu blog tp blog tu mcm boring sangat....so aku decide nak bkk blog baru....aku ni bukannya sang penglipurlara yang suka berceria tetapi seorang gemar berkongsi cerita...hehehe...mcm same je bunyi die...tp lantak lah ape org nak kata....aku still baru kat sini so tak tau bnyk ttg dunia blogger......sesape yg tau.....tlg la ajrkn klu sudi la.....hehehe....smpi sini je kot.....klu nak tau ttg diri ini sila la tanya....hahaha....chow...